Copyright © my world,my story
Design by Dzignine
Monday, 22 October 2012

DELIZAH CHEESE CAKE: OMG!


ya demam cheese cake kini kembali di UNIKL MICET! kepelbagaian menu di KAFETERIA DESASISWA AL RAZI UNIKL MICET kini bertambah dengan kehadiran CHEESE CAKE yang dibuat oleh saudara WAN SHAHNIZAM BIN WAN ISHAK.

terdapat beberapa jenis yang diperkenalkan, kata nak test market dulu, seperti BLUEBERRY CHEESECAKE, STRAWBERRY CHEESECAKE DAN OREO CHOCOLATE CAKE!

untuk design poster ni, gambar memainkan peranan yang penting untuk menyampaikan jenis produk yang dipasarkan. anda boleh perhatikan impact font di maklumat yang penting seperti PROMOSI, TAJUK POSTER dan WOW!!!


my first wedding design


ini adalah bunting pertama yang aku design untuk orang luar, org luar UNIKL MICET. alhamdulillah, dapat gak cari makan kat luar.huhuhu. simple and young; itu adalah konsep yang cuba untuk aku ketengahkan. tetapi yang penting, kena menepati citarasa customer kita. janganla org kata,syok sendiri. maklumlah, diorang yang bayar kita.so kenala ikut kehendak mereka.




dalam design ni, aku menggunakan warna merah sebagai warna utama. tak banyak graphic element dalam ni, cuma banyak bermain dengan brush dan font, menepati konsep yang diingini oleh pelanggan. warna merah dipilih adalah untuk menarik perhatian mereka yang melihat banner dan bunting ini.lagipun, warna merah adalah warna kegemaran pasangan ni. =)

my laptop and design services



actually dah lama aku buat bisnes baiki laptop, printing dan design2 ni. cuma sejak printer aku rosak, aku cuma buat servis baiki laptop dan design sahaja.

baiki laptop disini bukan yang berkaitan dengan hardware,cuma yang berkaitan dengan masalah software,virus, format dan driver sahaja. alhamdulillah rezeki aku ada je tiap2 bulan, tetapi kkdg tu terpaksa tolak sbb samada bz ataupun sbb ianya masalah hardware. masalah laptop yang paling bese aku jumpa adalah virus dan laptop selalu shutdown sendiri.

FYI, masalah virus ni kalau kita rajin scan pendrive sebelum guna dan guna antivirus yang baik macam MICROSOFT SECURITY ESSENTIAL, insyaALLAH risiko nak kena serangan virus rendah. rekod paling banyak virus yang aku scan dalam satu laptop adalah 346!!! dahla scan guna antivirus KASPERSKY, so asyik berbunyila alert yang macam B*** tu.huhuhu.

untuk masalah laptop selalu cepat panas dan ter-shutdown sendiri, ianya boleh dielakkan dengan penggunaan COOLER pada awal2 beli atau guna laptop. bukan bila dah sakit laptop tu, baru nak beli.dah xder guna.huhuhu. korang bayangkan dalam bilik yang tingkap ada satu je, dan dalam bilik tu macam2 benda ada, tak ke panas bilik 2? so itula keadaannya dalam laptop korang. jadi bila dah selalu panas dan xpakai COOLER lak tu, jadi bahan2 dalam laptop tu akan mudah cair bila dah lama sangat terdedah pada suhu yng tinggi.

lagi satu, tolongla beli COOLER yang mahal skit. bukan apa, dalam kes ni, COOLER yang mahal contohnya brand COOLER MASTER, sistem pengudaraan yang bagus,siap ada passive cooling lagi. ala,mahal skit je,dalam rm60. kalu rosak motherboard, mahu2 dalam rm700 korang kena baiki. jadi, buatla pilihan dengan bijak ya =)

another tshirt design by me



 
 

ini adalah contoh beberapa lagi design tshirt. di atas adalah dua design untuk event DEBATE CHALLANGE 2012. manakala di bawah ni lak, satu untuk KELAB BADMINTON UNIKL MICET,tetapi belum approve lagi. diorang masih belum bagi keputusan tentang design baju tu. dan yang bawah sekali adalah untuk event subjek SOCIETY UNIKL MICET.



my moment with junior batch JULY 2012


dah lama dah nak upload gambar kenangan dengan anak buah masa jadi fasilitator JULAI 2012 ritu. bila tengok balik gambar2 ni dalam pc, teringat kat diorang. skrg ni dah nak habis sem, masing2 dah bz ngan test la,assignmentla. xpew2, aku kefahaman,huhuhu. for you guys n girls, be good. studi leklok dan ingat pesan mak ayah dan pesan abg masa mula2 masuk MICET dulu ya. insyaALLAH, ada masa n peluang kita lepak sama ag ya. =)




1ST MINI KSSM UNIKL MICET 2012



telah berlangsung MINI KSSM UNIKL MICET pada 12/10/2012 hingga 14/10/2012 yang lalu. aku bukan nak cakap pasal the whole event things kat korang. cuma nak bgtaw ni juga adalah hasil kerja aku tahun ni. at least, bila nampak bunting ke, banner ke yang didesign sendiri dah di-print dan terpampang tu, banggala gak walaupun xjoin event tu pun.huhuhuhu.

my little video project


ini adalah hasil kerja aku untuk buat satu video kenanganla katakan untuk budak2 rumah sewa aku; afiq, sam dan azam. hanya menggunakan windows movie maker untuk menyiapkan video dalam masa lebih kurang 2 jam diambil, respons dan jumlah view yang melebihi jangkaan( lebih 200 view dalam masa seminggu; kira banyakla tu untuk org yang xfames macam kami.huhuhuhu) insyaallah, akan ada next video. so tungguuuuuuuuuuu!!!

my logo n tshirt design


the latest design untuk batch fasilitator UNIKL MICET JULAI 2012 A.K.A KARISMA WARRIORS! alhamdulillah penerimaan design ni baik sekali di kalangan fasilitator sendiri dan juga org lain. membuatkan aku lebih bersemangat memakai baju ni ke kelas.yeahhhhhh!! ini adalah design terakhir yang diterima antara 3 design, termasuklah 2 yang kat bawah ni.



KARISMA WARRIORS; nama ini diambil sempena nama tempat latihan para failitator sebelum intake @ student baru masuk pada julai yang lalu. KEM PLKN KARISMA, tempat yang mempunyai seribu macam cerita para fasilitator walaupun hanya berada selama lebih kurang 3 hari di sana.  ini adalah kali ke4 aku join keluarga FASILITATOR MSR UNIKL MICET. yang pertama pada tahun 2009; batch BTN ULU TIRAM. yang kedua tahun 2010; batch CINCIN MELAKA. yang ketiga; batch BOTANI LEGEND dan yang keempat; KW.

innovations day 2012 poster


hah ni design poster aku yang terbaru, buat untuk INNOVATION DAY 2012! aku banyak bermain dengan warna untuk poster ni. agak leceh sebab nak kena masukkan informasi yang agak banyak ke dalam poster ni,tetapi alhamdulillah berjaya gak.

Review: HTC J Butterfly

memperkenalkan handphone terhangat, terbaru ( dan harapnya bukan yang termahal) yang baru diumumkan oleh HTC; HTC J Butterfly!

katanya hp ni yang dijangka berada di pasaran global pada disember tahun ni( kat malaysia xtahu sampai ke tak) mempunyai spesifikasi yang meletakkannya setaraf dengan hp seperti HTC ONE X dan SAMSUNG S3. menurut syarikat yang berasal daripada Taiwan ini, ianya hp pertama yang mempunyai saiz skrin 5 inci dengan 440 ppi full HD 'SUPER LCD 3' dan beresolusi 1920 x 1080( dah macam monitor PC aku dah).

lain2 spesifikasinya adalah ianya disertakan dengan OS ANDROID 4.1 JELLY BEAN dan mempunyai kuasa pemprosesan QUAD CORE 1.5 Ghz Snapdragon S4 Pro APQ8064. juga mempunyai 2GB RAM dan kamera 8 megapixel dengan lensa f/2.0 yang membolehkan ianya mengambil gambar dalam keadaan malam atau kuantit cahaya yang rendah dengan baik, kamera depan 2.1 megapixel, 16GB memori dalaman, blutooth 4.0, 802.11a/b/g/n WIFI, dan NFC.

makin lama, makin canggih handphone sekarang. dengan saiz skrin 5 inci, aku tak tahu nak panggil ni hp ke phablet( seperti SAMSUNG GALAXY NOTE).huhuhuhu

my SONY ERICSSON LIVE WITH WALKMAN




ehem2 ni adalah antara handphone yang terbaik yg pernah aku guna. bukan apa, tak mampu lagi nak beli yang lagi power.huhuhu. spesifikasinya yang boleh dikatakan boleh tahan walaupun dikeluarkan pada tahun 2011 amat berpatutan dengan harganya yang berpatutan juga( dalam anggaran rm500+). bagi handphone ni satu je yang aku kurang berkenan; saiz skrin dia cuma 3.2 inci je. yela, sekarang ni handphone2 dah ada saiz melebihi 4.0 inci. huhuhu.apa pun, kepada yang rasa cam nak usya handphone ni, korang boleh boleh tengok spesifikasinya dibawah ni

Sony Ericsson Live with Walkman WT19i Specification
General General
  • 2G: GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
  • 3G: HSDPA 900 / 2100 - WT19i
    HSDPA 850 / 1900 / 2100 - WT19a
    Mini-SIM
  • 106  x  56.5  x  14.2 mm
  • Weight 115 g (4.06 oz)
  • Android OS, v2.3 (Gingerbread), planned upgrade to v4.0
  • CPU: 1 GHz Scorpion
  • Chipset: Qualcomm MSM8255 Snapdragon
  • GPU: Adreno 205
  • Internal: 320MB storage, 512 MB RAM
  • External Memory: microSD, up to 32GB,
  • Standard battery, Li-Ion 1200 mAh
  • Stand By: Up to 350 h (2G) / Up to 400 h (3G)
  • Talk Time: Up to 14 h 15 min (2G) / Up to 6 h 42 min (3G)
Connectivity Connectivity
  • GPRS: Up to 80 kbps
  • EDGE: Up to 237 kbps
  • 3G/4G Speed: HSDPA, 7.2 Mbps
  • Wi-Fi: Wi-Fi 802.11 b/g/n, DLNA, Wi-Fi hotspot
  • Bluetooth: Yes, v2.1 with A2DP, EDR
  • USB: Yes, microUSB v2.0, USB On-the-go support
Entertainment & Features Entertainment & Features
  • Sensor: Accelerometer, proximity, compass
  • GPS: Yes, with A-GPS support
  • Radio: Stereo FM radio with RDS
  • Browser: HTML, Adobe Flash
  • Java: Yes, via Java MIDP emulator
  • - SNS integration
    - MP4/H.263/H.264/WMV player
    - MP3/eAAC+/WMA/WAV player
    - TrackID music recognition
    - Google Search, Maps, Gmail,
    YouTube, Calendar, Google Talk
    - Document editor
    - Voice memo
    - Predictive text input
Camera Camera & Video
  • Primary: 5 MP, 2592x1944 pixels, autofocus, LED flash
  • Secondary: Yes, VGA
  • Video: Yes, 720p
  • Feature: Geo-tagging, image stabilization, smile and face detection, touch focus
Screen Screen
  • TFT capacitive touchscreen, 16M colors
  • 320 x 480 pixels, 3.2 inches (~180 ppi pixel density)
  • Multi Touch: Yes
  • Scratch-resistant glass
Sound Sound & Music
  • Loud Speaker: Voice 75dB / Noise 68dB / Ring 78dB
  • Sound Jack: Yes
  • Radio: Stereo FM radio with RDS

tips to design a good effective poster




aku ni xderla pro sangat bab2 design ni. cuma aku nak share sikit tips pada mereka yang baru nak menjinakkan diri dalam alam design terutamanya design poster. ada beberapa tips yang kita boleh gunakan untuk menghasilkan poster yang wow!! dan menarik.

MENARIK PERHATIAN

disini, kita perlu kreatif dalam mengetengahkan konsep poster kita supaya poster kita menjadi satu karya yang unik. ada sesetengah designer yang bermain dengan gambar2 yang boleh membuatkan org tertanya2, ada juga yang suka bermain dengan font yg ( typography, my style) bersama2 dengan latar belakang yang kosong. tak kisah apa pun cara anda, just be creative

SIMPLE!

kita xperlu untuk meletakkan segala info dalam poster dan membuatkannya nampak serabut dan terlalu padat. tak ada org yg nak dtg melihat poster dan mengambil masa yang lama tuk membaca semua maklumat dalam poster tersebut

MENYUSUN INFORMASI PENTING

informasi penting seperti nama aktiviti atau acara, tarikh,masa, lokasi dan sebagainya perlu disusun mengikut betapa pentingnya informasi tersebut. 

BERMAIN WARNA DENGAN BIJAK

pemilihan warna amatlah penting untuk memastikan ianya menonjol dan dapat mendatangkan mood kepada org ramai untuk melihatnya. cuba pelbagai kombinasi warna dan lihat hasilnya! jangan takut untuk bereksperimentasi!

jadi, ini adalah antara tips yang boleh sy kongsikan bersama anda semua. apa yang aku boleh simpulkan ialah kita mesti bijak bermain dengan font, graphic element, dan warna. jika ada sebarang tips tambahan, sila2la untuk berkongsi ya =)



my first bunting design


OK. ni lak tak silap aku bunting pertama aku buat untuk kempen anjuran JPM( JAWATANKUASA PERWAKILAN MAHASISWA) UNIKL MICET tahun 2011 rasanya. jujur aku bgtaw, aku sebenarnya tak berapa suka dengan design ni sebab aku buat dengan keadaan yang agak rush. tetapi ini adalah usaha terawal aku untuk dikenali di universiti aku sebagai seorang designer yang x terikat hanya kepada design2 orang tua( kalau korang faham maksud aku ya).

kempen ini bertujuan untuk manjadi reminder kepada para pelajar tentang etika pemakaian ke kuliah, ketika bersukan dan ketika berada di kawasan2 lain. bukan apa, besela student,kkdg tu nak pakai ikut fesyen je tanpa ikut etika yang sepatutnya. terbuka sana,terbuka sini.

kawan.sahabat.rakan.



apa itu kawan?
apa itu sahabat?
apa itu rakan?

semuanya org yg sama. org yg susah senang bersama kita,berkongsi suka duka perjalanan hidup. bagi aku, kawan ini adalah org kedua terpentng selepas parents + family kita. jatuh bangun kita dalam hidup, kawanlah antara faktornya. kalu dengan yang baik kita berkawan, maka baiklah kita insyaALLAH. ttp kalu jahat yang kita nak kawan, faham2 jela ya.

sepanjang perjalanan kita, kita akan jumpa dengan ramai kawan. ada yang baik, ada yang sgt baik, ada juga yang perangai cam siot, ada yang sekejap ada sekejap xder. banyak ragam kata org. tetapi kawan sejati a.k.a BFF bak kata org putih susah nak cari. so, kalu ada tu, pandai2la jaga hati n perasaan kawan tu ya. =)


pernah korang terfikir...


korang mesti pernah rasa camni kan?

kadang- kadang,  kita xdapat apa yang kita nak walaupun dah usaha sehabis baik. sedangkan kawan2 kita yang main, tido, main, tido lebih hebat keputusannya dari kita. selalu bermain2 di minda kita persoalan ni
"kenapa aku tak dapat result yang bagus walaupun dah usaha bagai nak rak?"
"kenapa dia tu hebat sangat?"
" apa kurangnya aku?"

mesti korang pernah fikir camtu kan?

guys, kita kena ingat yang ALLAH tu maha adil. rezeki kita,Dia yang tentukan. mungkin kita xhebat macam kawan kita dalam satu segi, tetapi punya kelebihan dalam yg lain. mungkin juga ALLAH lambatkan rezeki kita sebab Dia nak tengok sejauh mana usaha kita untuk capai sesuatu yang kita nak. so, kita janganlah sesekali cepat putus asa dan mengalah juga terlalu membandingkan kelemahan kita dengan kelebihan rakan2 kita. kita adalah kita, dan ALLAH dah tetapkan yang terbaik tuk kita, insyaALLAH =)


my early poster design



so ini adalah salah satu di antara koleksi design-design poster aku yang terawal, poster yang comel ni rasanya masa ada event INNOVATION DAY tahun 2009. termasuk yang ni, kebanyakan design poster,banner, bunting dan tag ni aku buat untuk event di universiti aku. besela, org baru nak pandai guna photoshop katakan. identiti pun tak tahu lagi.huhuhu. pe pun, korang boleh tengok transformasi gaya dan perubahan design aku tahun demi tahun.lebih banyak design akan ditunjukkan dari masa ke semasa.stay tuned!



Sunday, 21 October 2012

hye.hye.hye


hye semua. ini adalah permulaan untuk saya ber-blog semula. mungkin blog ini akan diketahui umum agak lewat kerana ianya masih dalam trial period. bukan senang tuk aku ber-blog ni; kena ada komitmen, kena ada kerajinan dan macam2 lagi. so harap2lah, blog ini sedikit sebanyak dapat mengisi masa terluang korang semua yang sudi menjengah kat sini ya. =)