Copyright © my world,my story
Design by Dzignine
Thursday 30 May 2013

SAMSUNG GALAXY MEGA: perbezaan saiz skrin


Samsung Galaxy Mega adalah salah satu daripada koleksi telefon pintar Galaxy yang mempunyai saiz skrin yang besar iaitu antara 5.8″ dan 6.3″. Dengan saiz yang baru ini, sekali lagi Samsung telah membuatkan kita sedikit keliru antara saiz telefon pintar dan tablet. Buat masa ini, Galaxy Note menjadi telefon pintar yang cuba menjadi keluarga tablet dengan Tab 7.0 dan yang terbaru Note 8.0 adalah tablet yang mempunyai keupayaan seperti telefon pintar.

Pada masa artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang berita mengenai kehadiran telefon pintar ini di Malaysia. Untuk spesifikasinya, dua teras 1.7GHz Qualcomm Krait, 1.5GB of RAM dengan pilihan ruang penyimpanan 8GB dan 16GB.,skrinnya pula 6.3″ TFT dimana ianya adalah yang terbesar yang mempunyai resolusi 1280×720 pixel dan baterinya pula adalah 3,200mAh( besar tu!), lebih 100mAh daripada Note II. 


Untuk lebih info, boleh tengok video review di bawah ya =)



0 comments:

Post a Comment