Copyright © my world,my story
Design by Dzignine
Tuesday 18 June 2013

RUNNING MAN EPISODE 150!


Ok guys (and girls) ! Episod terbaru RUNNING MAN telah tiba! Streaming link ada kat bawah ni. Apa lagi,jom layan. =)


Streaming:
Videoweed(450p)


Tuesday 11 June 2013

APPLE memperkenalkan iOS 7!


Apple mengumumkan IOS 7!
IOS 7 adalah versi terbaru perdana sistem operasi mudah alih Apple, di sini, dan ia adalah hampir sama sekali berbeza dari versi yang datang sebelum ini.

IOS 7 memperkenalkan ciri-ciri baru yang besar seperti Control Center, AirDrop for iOS, multitasking yang lebih bijak dan macam-macam lagi! Ia membuatkan perkara yang anda lakukan setiap hari lebih mudah, lebih cepat, dan lebih menyeronokkan.

//Apa kata korang tengok je video ni.Huhuhu. Dengan munculnya iOS yang terbaru ni, saper2 yang nak beli iPhone 5 mungkin boleh tunggu dulu sebab mungkin Apple akan umumkan iPhone baru lepas ni pula. 



Monday 10 June 2013

selamat datang bulan Syaaban


Ok guys and girls, kini dah tiba bulan Sya'ban. Maknanya, lepas ni bulan Ramadhan bakal menjelma. Jadi, adakah kita dah bersedia? Disini ada 10 PERKARA(WARMING UP) yang boleh kita lakukan menuju Ramadhan kelak. InsyaALLAH kita punya masa dan peluang untuk bersama-sama merasa bulan Ramadhan kelak. :)
Sunday 9 June 2013

Windows 8.1: Apa yang baru?


Microsoft telah mengumumkan beberapa fungsi baru yang akan didatangkan dalam Windows 8.1 atau juga dikenali sebagai Windows 8 Blue. Kemasikini Windows 8.1 akan mula dilepaskan kepada pengguna pada hujung tahun 2013 tetapi versi previu akan dilancarkan lebih awal iaitu pada hujung bulan 6 ini.

Pengguna Windows 8 sedia ada akan berpeluang mendapatkan kemaskini Windows 8.1 secara percuma menggunakan Windows Store, selepas ia dilancarkan secara rasmi nanti.

Jadi,apa perubahan yang ada dalam Windows 8.1?

Tuesday 4 June 2013

naik taraf dari WINDOWS 1.0 ke WINDOWS 8



Ingin melihat proses menaiktaraf Windows daripada versi pertama sekali sehinggalah yang paling terkini? So sekarang anda boleh, terima kasih kepada YouTuber ZlotyObin, yang telah membuat satu kompilasi video di mana dia telah menaiktaraf dari Windows 1.0 ke Windows 8.
//syok gak tengok bagaimana proses install setiap versi Windows berubah dari tahun 1985 ke 2012. Lebih info, sila lawati http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Microsoft_Windows untuk mengetahui sejarah Windows dulu dan kini.
Saturday 1 June 2013

friends


Sahabat yang baik susah dicari,sangat susah untuk pergi dan mustahil untuk dilupakan- inilah maksud sebenar sahabat sejati kata orang. Sahabat sejati...memang benar ianya sangat susah dicari. Aku sendiri pun dah banyak jumpa sahabat yang ada masa susah dan hilang masa dia senang. Kadang2 kawan yang kita fikir dah lama berkawan dengan kita,dan faham keadaan dan perangai kita, sebenarnya hanya bermuka2..

Oleh itu andai korang ada sahabat2 yang benar2 boleh berada disisi korang masa susah dan senang, tolong hargainya sebab mungkin kita tak kan berjumpa lagi yang sepertinya. =)

// hari ini, aku telah downgrade status beberapa orang sahabat aku daripada kawan baik kepada kawan lama,secara rasminya.
Thursday 30 May 2013

wear the hijab the right way



Inilah yang sebaik2nya dalam bab2 pemakaian tudung yang betul dalam ISLAM. tak gitu ke girls? =)

first commercial made video =)


Benda ini dah lama sebenarnya dah,cuma baru sempat nak kongsikan dekat blog ni. Cubaan pertama buat video menggunakan ADOBE AFTER EFFECT untuk program LAU KANA BAINANA( maksudnya, andai rasulullah bersama kita) UNIKL MICET, tak silap dalam bulan 3 dulu sebelum ditunda ke bulan 4 atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Alhamdulillah, dapat respons yang baik. Sekarang ni, mungkin tak boleh nak buat video2 camni lagi sebab kad grafik PC rosakla pulak.huhuhu

life,prayer and dua


Jika hidup kita ini ada masanya penuh dengan ranjau dan liku, jangan lupa untuk berdoa dan berharap segala yang menimpa,ada hikmah di sebaliknya. 

Jangan cepat berputus asa dan terus jatuh tanpa bangkit dari kegagalan. Sesungguhnya segala dugaan yang kita hadapi adalah untuk buat kita lebih kuat dan dewasa dalam membuat keputusan. =)


18 cara untuk khusyuk dalam solat



DAN the MAN: stage two


DAN the MAN: stage one


SAMSUNG GALAXY MEGA: perbezaan saiz skrin


Samsung Galaxy Mega adalah salah satu daripada koleksi telefon pintar Galaxy yang mempunyai saiz skrin yang besar iaitu antara 5.8″ dan 6.3″. Dengan saiz yang baru ini, sekali lagi Samsung telah membuatkan kita sedikit keliru antara saiz telefon pintar dan tablet. Buat masa ini, Galaxy Note menjadi telefon pintar yang cuba menjadi keluarga tablet dengan Tab 7.0 dan yang terbaru Note 8.0 adalah tablet yang mempunyai keupayaan seperti telefon pintar.

Pada masa artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang berita mengenai kehadiran telefon pintar ini di Malaysia. Untuk spesifikasinya, dua teras 1.7GHz Qualcomm Krait, 1.5GB of RAM dengan pilihan ruang penyimpanan 8GB dan 16GB.,skrinnya pula 6.3″ TFT dimana ianya adalah yang terbesar yang mempunyai resolusi 1280×720 pixel dan baterinya pula adalah 3,200mAh( besar tu!), lebih 100mAh daripada Note II. 


Untuk lebih info, boleh tengok video review di bawah ya =)



old collection part one





memories part two







memories part one









karisma warriors M16 wallpapers





Wednesday 29 May 2013

social networking in islam



back online


ok guys. i am back! selepas sekian lama menyepi sebab sibuk dengan urusan latihan praktikal dan kembalinya aku ke bumi kelantan, dapat gak cari mood untuk ber-blogging semula. 

well,sekarang ni aku sibuk mencari kerja. yela, xbest duk tanam anggur lelama sebab xder income.huhuhu. (nak pulus,nak pulus.huhhuhu) . insyaallah, lebih info akan disumbat dalam blog ni lepas ni. info yang mantap dan berguna untuk korang semua.
Tuesday 15 January 2013

kenali mahram kita



Promosi:Samsung Galaxy S III mini


Samsung Malaysia telah mengumumkan secara rasminya Samsung Galaxy S III mini yang hanya berharga RM1,199. Untuk pasaran di Malaysia, versi 8GB version dan juga menyokong NFC akan menemui anda semua.

Spesifikasi Samsung Galaxy S III mini datang dengan cip processor dua teras 1GHz dengan 1GB RAM dan juga paparan 4.0 inci Super AMOLED. Skrin resolusi pula adalah 800×480 pixels. Datang dengan kamera belakang 5MP camera dan kamera depan VGA. Untuk mengukuhkan lagi pasaran model ini, Samsung Galaxy S III mini disertakan dengan Android 4.1 Jelly Bean.

Untuk promosi terhad,, Samsung juga akan memberikan flip covers bernilai RM99, yang hanya eksklusif kepada Samsung Elite Parners.

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari laman web Samsung Galaxy S III mini..



Review:LG Nexus 4


Gajet Nexus terbaru daripada Google, LG Nexus 4, akhirnya tiba di Malaysia! Nexus 4 ada beberapa kekuatan dalam pelbagai aspek, mahal ianya antara telefon pintar yang terhebat dalam kelasnya. Mempunyai cip empat teras 1.5GHz Snapdragon S4 Pro bersama dengan keupayaan grafik Adreno 320 juga RAM 2GB,menjadi kombinasi hardware yang terbaik di pasaran telefon pintar sekarang.

Mengenai harga, masih lagi tiada harga rasmi( pada masa artikel ni ditulis) tetapi ada ura-ura menyatakan harga Nexus 4 kelak dalam RM1,799. 


Lihat daripada depan,  paparan Nexus 4 is a very good looking one. Skrin papran 4.7-inci True HD IPS yang ada pada Nexus 4 mempunyai resolusi 1280 x 768. Pe pun,korang tengokla sedikit sebanyak gambar Nexus 4 di sini. mana tahu korang berkenan ke.huhuhu :)



Apabila dibandingkan dengan LG Optimus G, kedua-duanya punya banyak persamaan. Kedua-duanya mempunyai  cip empat teras 1.5GHz Snapdragon S4 Pro , 2GB RAM dan paparan skrin bersaiz 4.7-inci IPS PLUS HD dengan resolusi 1280 × 768 ,sebagaimana yang diberitahu sebelum ni.. Kapasiti bateri juga sama(2100 mA). Secara fizikalnya pula, bucu LG Nexus 4 agak bulat, berbanding dengan LG Optimus G.


Keupayaan kamera belakang LG Nexus  4 telah dinaiktaraf daripada kamera 5 megapixels Samsung Galaxy Nexus kepada 8 megapixels, dan kamera depan 1.3 megapixels. .Jadi, apa yang korang fikir? Adakah LG Nexus 4 mampu memberikan satu impak besar dalam persaingan telefon pintar masa kini sebagaimana generasi terdahulu Nexus?



mynikadesign.blogspot.com; first draft blog header


Monday 14 January 2013

new beginning, BIG step

salam dan apa khbr semua? rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan kepada semua,SELAMAT TAHUN BARU 2013 kepada semua! harap2 semua azam tahun lepas korang2 semua,at least kebanyakkannya, dah pun tercapai.

aku lak, skrg tgh ber-praktikal di PETRONAS MTBE SDN BHD, kuantan,pahang. dah masuk minggu ke-2 aku kat sini. still a lot of things that i need to learn from the staff and also engineers here. bermula 2hb 1 hari tu dan akan berakhir 19hb 4 nnt. lama ag tu nak habis.huhuhu. sabar jela. anyway, sepanjang aku duk sini dengan ayah dan adik aku, banyak benda yang aku belajar,samada yang baik atau yang buruk. well, this is life right? kenala harungi semua ni.

pe pun, insyaallah aku akan cuba untuk update blog ni sekerap mungkin untuk tatapan korang2 semua. :)