Copyright © my world,my story
Design by Dzignine
Sunday 9 June 2013

Windows 8.1: Apa yang baru?


Microsoft telah mengumumkan beberapa fungsi baru yang akan didatangkan dalam Windows 8.1 atau juga dikenali sebagai Windows 8 Blue. Kemasikini Windows 8.1 akan mula dilepaskan kepada pengguna pada hujung tahun 2013 tetapi versi previu akan dilancarkan lebih awal iaitu pada hujung bulan 6 ini.

Pengguna Windows 8 sedia ada akan berpeluang mendapatkan kemaskini Windows 8.1 secara percuma menggunakan Windows Store, selepas ia dilancarkan secara rasmi nanti.

Jadi,apa perubahan yang ada dalam Windows 8.1?



Antara perubahan yang dikenalpasti dalam Windows 8.1 ini adalah:


START SCREEN



Pada Start Screen, anda kini boleh resize tiles icon kepada saiz kecil dan sederhana besar, macam yang ada kat Windows Phone. Anda juga boleh memaparkan background wallpaper yang sama dengan wallpaper pada desktop. Berbeza dengan sebelum ini di mana anda hanya boleh memilih warna atau jumlah background yang terhad.

Microsoft juga menambah fungsi "Motion Background" di mana konsepnya lebih kurang sama dengan Live Wallpaper pada Android.


START BUTTON dan DESKTOP

Windows Start Button kini kembali! Atas permintaan ramai, fungsi ini yang telah ditiadakan dalam Windows 8 kini dikembalikan. Apabila ditekan, Start Screen akan muncul atau anda boleh set kepada List All Apps untuk melancarkan shortcut dengan cepat.

Manakala fungsi Boot To Desktop juga ditambah di mana pengguna boleh terus boot ke desktop selepas menghidupkan komputer,tanpa perlu melalui Windows Start Screen.


Windows 8.1 juga dioptimasikan untuk skrin kecil sekitar 7-8 inci dengan resolusi serendah 1024×768. Pengguna display resolusi tinggi atau retina display seperti 2560×1440 hingga 3200×1800 juga mempunyai pilihan resolusi, saiz elemen dan butang serta paparan yang lebih tajam dan mantap berbanding Windows sebelum ini.


APLIKASI BARU


Antara aplikasi baru yang diperkenalkan dalam Windows 8.1 ialah Alarm, Calculator, Bing Food and Drink, Reading List, Bing Health and Fitness. Manakala aplikasi stock lain dipertingkatkan supaya lebih kemas, contohnya aplikasi Photo kini mempunyai fungsi edit gambar secara ringkas.

Bing Food and Drink mempunyai fungsi Hands-free di mana anda boleh scroll hanya dengan melambai tangan di depan webcam atau kamera depan. Sesuai dengan aplikasi yang khas untuk memasak di mana kedua-dua tangan anda penuh (secara teori).

Bing Health and Fitness membolehkan pengguna untuk track nutrisi, diet serta progres senaman serta tahap kesihatan anda. Anda juga boleh mendapatkan maklumat mengenai simptom penyakit pada bahagian badan dengan mengklik pada diagram anggota badan manusia di dalam aplikasi ini.

Reading List pula fungsinya seakan Instapaper atau Read-It-Later. Anda boleh simpan artikel atau sebahagian teks snippet untuk dibaca untuk kemudian dan semua simpanan anda akan di-sync antara komputer lain yang menggunakan Windows 8.1.

JADI?


Windows 8.1 akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung tahun 2013 manakal versi previu boleh dimuat turun secara percuma pada penghujung bulan 6 nanti.

Pengguna Windows 8 sedia ada boleh memuat turun Windows 8.1 secara percuma daripada Windows Store selepas ianya dilancarkan oleh Microsoft.

Manakala, fungsi-fungsi baru dalam Windows 8.1 akan didedahkan oleh Microsoft dari masa ke semasa. Walaupun kemaskini ini hanya lah sekadar penambahan 0.1 atau minor sahaja, tetapi sebarang peningkatan terhadap Windows 8 adalah sangat digalakkan oleh pengguna.

Adakah anda melihat Windows 8.1 sebagai satu perubahan yang dinanti-nantikan oleh para pengguna?

0 comments:

Post a Comment