Copyright © my world,my story
Design by Dzignine
Tuesday 15 January 2013

Review:LG Nexus 4


Gajet Nexus terbaru daripada Google, LG Nexus 4, akhirnya tiba di Malaysia! Nexus 4 ada beberapa kekuatan dalam pelbagai aspek, mahal ianya antara telefon pintar yang terhebat dalam kelasnya. Mempunyai cip empat teras 1.5GHz Snapdragon S4 Pro bersama dengan keupayaan grafik Adreno 320 juga RAM 2GB,menjadi kombinasi hardware yang terbaik di pasaran telefon pintar sekarang.

Mengenai harga, masih lagi tiada harga rasmi( pada masa artikel ni ditulis) tetapi ada ura-ura menyatakan harga Nexus 4 kelak dalam RM1,799. 


Lihat daripada depan,  paparan Nexus 4 is a very good looking one. Skrin papran 4.7-inci True HD IPS yang ada pada Nexus 4 mempunyai resolusi 1280 x 768. Pe pun,korang tengokla sedikit sebanyak gambar Nexus 4 di sini. mana tahu korang berkenan ke.huhuhu :)



Apabila dibandingkan dengan LG Optimus G, kedua-duanya punya banyak persamaan. Kedua-duanya mempunyai  cip empat teras 1.5GHz Snapdragon S4 Pro , 2GB RAM dan paparan skrin bersaiz 4.7-inci IPS PLUS HD dengan resolusi 1280 × 768 ,sebagaimana yang diberitahu sebelum ni.. Kapasiti bateri juga sama(2100 mA). Secara fizikalnya pula, bucu LG Nexus 4 agak bulat, berbanding dengan LG Optimus G.


Keupayaan kamera belakang LG Nexus  4 telah dinaiktaraf daripada kamera 5 megapixels Samsung Galaxy Nexus kepada 8 megapixels, dan kamera depan 1.3 megapixels. .Jadi, apa yang korang fikir? Adakah LG Nexus 4 mampu memberikan satu impak besar dalam persaingan telefon pintar masa kini sebagaimana generasi terdahulu Nexus?



0 comments:

Post a Comment