Copyright © my world,my story
Design by Dzignine
Monday 22 October 2012

Review: HTC J Butterfly

memperkenalkan handphone terhangat, terbaru ( dan harapnya bukan yang termahal) yang baru diumumkan oleh HTC; HTC J Butterfly!

katanya hp ni yang dijangka berada di pasaran global pada disember tahun ni( kat malaysia xtahu sampai ke tak) mempunyai spesifikasi yang meletakkannya setaraf dengan hp seperti HTC ONE X dan SAMSUNG S3. menurut syarikat yang berasal daripada Taiwan ini, ianya hp pertama yang mempunyai saiz skrin 5 inci dengan 440 ppi full HD 'SUPER LCD 3' dan beresolusi 1920 x 1080( dah macam monitor PC aku dah).

lain2 spesifikasinya adalah ianya disertakan dengan OS ANDROID 4.1 JELLY BEAN dan mempunyai kuasa pemprosesan QUAD CORE 1.5 Ghz Snapdragon S4 Pro APQ8064. juga mempunyai 2GB RAM dan kamera 8 megapixel dengan lensa f/2.0 yang membolehkan ianya mengambil gambar dalam keadaan malam atau kuantit cahaya yang rendah dengan baik, kamera depan 2.1 megapixel, 16GB memori dalaman, blutooth 4.0, 802.11a/b/g/n WIFI, dan NFC.

makin lama, makin canggih handphone sekarang. dengan saiz skrin 5 inci, aku tak tahu nak panggil ni hp ke phablet( seperti SAMSUNG GALAXY NOTE).huhuhuhu

0 comments:

Post a Comment