Copyright © my world,my story
Design by Dzignine
Monday 22 October 2012

tips to design a good effective poster




aku ni xderla pro sangat bab2 design ni. cuma aku nak share sikit tips pada mereka yang baru nak menjinakkan diri dalam alam design terutamanya design poster. ada beberapa tips yang kita boleh gunakan untuk menghasilkan poster yang wow!! dan menarik.

MENARIK PERHATIAN

disini, kita perlu kreatif dalam mengetengahkan konsep poster kita supaya poster kita menjadi satu karya yang unik. ada sesetengah designer yang bermain dengan gambar2 yang boleh membuatkan org tertanya2, ada juga yang suka bermain dengan font yg ( typography, my style) bersama2 dengan latar belakang yang kosong. tak kisah apa pun cara anda, just be creative

SIMPLE!

kita xperlu untuk meletakkan segala info dalam poster dan membuatkannya nampak serabut dan terlalu padat. tak ada org yg nak dtg melihat poster dan mengambil masa yang lama tuk membaca semua maklumat dalam poster tersebut

MENYUSUN INFORMASI PENTING

informasi penting seperti nama aktiviti atau acara, tarikh,masa, lokasi dan sebagainya perlu disusun mengikut betapa pentingnya informasi tersebut. 

BERMAIN WARNA DENGAN BIJAK

pemilihan warna amatlah penting untuk memastikan ianya menonjol dan dapat mendatangkan mood kepada org ramai untuk melihatnya. cuba pelbagai kombinasi warna dan lihat hasilnya! jangan takut untuk bereksperimentasi!

jadi, ini adalah antara tips yang boleh sy kongsikan bersama anda semua. apa yang aku boleh simpulkan ialah kita mesti bijak bermain dengan font, graphic element, dan warna. jika ada sebarang tips tambahan, sila2la untuk berkongsi ya =)



0 comments:

Post a Comment